Mesyuarat SPR berlangsung, bincang urusan PRK DUN Nenggiri

SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri pada 19 Jun lalu

10:46 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada pukul 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

SPR dijangka mengadakan sidang media dalam 12 tengah hari selepas selesai mesyuarat berkenaan.

Pada 19 Jun lepas, Ikmalrudin dilaporkan berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri.

Mohd Amar berkata keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Menurut Mohd Amar, parti Bersatu pada 12 Jun lepas juga memaklumkan Mohd Azizi telah hilang keahlian dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka pada kerusi berkenaan. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related