Padu kini masuki Fasa 2, tidak hanya tumpu penyasaran semula subsidi tapi…: Rafizi

Padu juga akan dapat membantu kerajaan untuk menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat dengan menggunakan kaedah pendapatan boleh guna bersih

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih meneruskan pelaksanaan Pangkalan Data Utama (Padu) yang kini memasuki Fasa 2 melibatkan proses penentuan golongan sasar serta pembentukan use case dan mekanisme pemberian subsidi bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, di bawah Fasa 1, seramai 11,544,134 juta individu sudah mengemas kini maklumat dalam sistem Padu setakat 31 Mac lalu.

”Padu juga akan dapat membantu kerajaan untuk menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat dengan menggunakan kaedah pendapatan boleh guna bersih.

“Kaedah ini akan mengambil kira jumlah tanggungan dan bilangan isi rumah, kos sara hidup mengikut lokasi, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah.

“Selain dapat mengurangkan keciciran dan inclusion and exclusion error, kaedah ini akan turut membolehkan kerajaan beralih daripada pengenalpastian kumpulan sasar berdasarkan konsep B40, M40 dan T20 kepada pendekatan berdasarkan kewajaran pemberian bantuan mengikut kriteria ditetapkan,” katanya.

Di bawah Fasa 1, seramai 11,544,134 juta individu sudah mengemas kini maklumat dalam sistem Padu setakat 31 Mac lalu. – Azim Rahman/Scoop, 26 Jun, 2024

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang ingin mengetahui status terkini dan hala tuju Padu setelah berakhirnya fasa mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem tersebut.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pelaksanaan Padu tidak hanya tertumpu kepada penyasaran semula subsidi dan bantuan tetapi turut bertujuan mengenal pasti tahap sosioekonomi rakyat dan penentuan penyaluran bantuan.

Katanya, data yang terdapat dalam Padu boleh membantu menghasilkan algoritma use-case yang terpilih berdasarkan keperluan dan dasar semasa kerajaan.

“Kementerian Ekonomi juga akan memanfaatkan data Padu bagi pelaksanaan program di bawah kementerian itu seperti program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), di mana proses validasi dan verifikasi permohonan IPR akan menggunakan data Padu.

“Kerajaan akan terus mempergiat usaha menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan terutamanya dalam memanfaatkan data Padu bagi memastikan program dilaksanakan memberi manfaat yang diinginkan kepada kumpulan sasar,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan sistem Padu gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat.

Beliau turut mempersoalkan sama ada sistem penyampaian kebajikan kepada rakyat akan terencat dan bertambah kucar kacir dengan kegagalan berkenaan.

Kementerian Ekonomi juga akan memanfaatkan data Padu bagi pelaksanaan program di bawah kementerian itu seperti program Inisiatif Pendapatan Rakyat, di mana proses validasi dan verifikasi permohonan IPR akan menggunakan data Padu. – Gambar Padu, 26 Jun, 2024

“Dulu Rafizi suka menghasut. Barisan Nasional (BN) itu barang naik. Datuk Seri Najib Razak itu 1MDB (1Malaysia Development Bhd), 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia.

“Rafizi dikaitkan sebagai ‘Raja Formula’ gagal. Formula dia semua tidak menjadi. Padu itu Rafizi, Rafizi itu Padu. Padu dilihat gagal,” katanya.

Malah, kerajaan Sarawak mengarahkan pendaftaran Padu di negeri itu ditangguhkan berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu yang tidak sepatutnya didedahkan.

Susulan tindakan kerajaan Sarawak itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan menggesa Kementerian Ekonomi menghentikan sementara pendaftaran Padu dan membuat penilaian semula terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Padu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu sebagai pangkalan data berkaitan maklumat asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima rakyat.

Objektifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan, menggubal dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data serta mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related