Bekas pengurus palsukan kontrak kerja bernilai RM77 juta ditahan

Suspek disyaki mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu bagi memohon kuota pekerja asing kepada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia

8:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam kerana disyaki mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu bernilai kira-kira RM77 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, suspek disyaki mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu bagi memohon kuota pekerja asing kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 1 Julai dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek bersama tujuh pengarah syarikat daripada empat syarikat terbabit telah memohon kuota pekerja asing di Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dengan mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2022 yang melibatkan 25 kontrak kerja palsu dengan anggaran kira-kira RM77 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau juga menegaskan bahawa SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related