Malaysia tetap amal dasar pelaburan terbuka termasuk dengan AS: PM

Amerika Syarikat merupakan pelabur terbesar di Malaysia dan negara ini mendapat banyak manfaat daripada pelaburan dilakukan

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan kepada syarikat dari Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia akan kekal mengamalkan dasar pelaburan terbuka dan menganggap AS sebagai rakan dagangan penting.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tersebut di tengah-tengah bantahan ramai terhadap firma pelaburan AS BlackRock Inc yang dikatakan bakal mengambil alih pengurusan Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB).

Menurut Anwar, Malaysia sentiasa melihat pelaburan dari kuasa besar dunia itu sebagai suatu yang positif dan dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Seperti yang saya katakan di Parlimen, kerajaan terbuka menerima pelaburan dari syarikat Amerika Syarikat.

“Banyak kali saya tegaskan Amerika (Syarikat) merupakan pelabur terbesar di Malaysia yang mana kita mendapat banyak manfaat daripada pelaburan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari sempena sambutan ke-47 tahun Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di sini, hari ini.

“Sehubungan itu, kerjasama di antara MAHB dan GIP (Global Infrastructure Partners) adalah penting untuk kami. Kerajaan akan sokong (kerjasama ini),” katanya.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan dan Ketua Pegawai Eksekutif AMCHAM, Sobhian Das.

Mengulas lanjut, Anwar yakin Malaysia akan menjadi gergasi ekonomi di rantau Asia susulan dasar pelaburan terbuka diamalkan.

“Saya yakin Malaysia berpotensi untuk bergelar gergasi ekonomi di rantau ini (Asia). Kita sedang menuju ke arah itu,” katanya. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related