Skim pelaburan mesin minuman: Polis terima 57 laporan babitkan kerugian RM5.3 juta

Syarikat terbabit menyasarkan mereka yang kurang berkemampuan dan ingin menambah pendapatan untuk melabur dalam skim mesin minuman layan diri

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menerima 57 laporan sejak tahun lalu sehingga kini melibatkan mangsa skim penipuan pelaburan mesin minuman layan diri melibatkan kerugian sebanyak RM5.3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan.

“Susulan sidang media Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), polis mengesahkan sudah menerima laporan dibuat mangsa penipuan skim itu.

“Polis juga menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa skim itu untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihat orang ramai supaya berhati-hati dan mencari maklumat secukupnya serta bertanyakan pandangan agensi berkaitan pelaburan seperti Bank Negara Malaysia sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

Terdahulu, MHO memaklumkan sekurang-kurangnya 19 mangsa kerugian sebanyak RM1.84 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan mesin minuman yang ditawarkan sebuah syarikat kononnya bekerjasama dengan sebuah yayasan terkenal.

NGO itu berkata, syarikat terbabit menyasarkan mereka yang kurang berkemampuan dan ingin menambah pendapatan sebagai mangsa.

Katanya, modus operandi pelaburan syarikat terbabit adalah dengan menawarkan mangsa satu pulangan dividen yang lumayan dan beberapa manfaat menarik lain. – 23 Jun, 2024.

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related