Calon PH bidas Sanusi ‘kalau tak ada ilmu, boleh sesatkan orang’

Joohari Ariffin berkata, pemimpin politik cemerlang perlu ada karakter yang baik serta ilmu, jika tidak ia dikhuatiri boleh ‘menyesatkan’ orang lain

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan, Joohari Ariffin yakin untuk menjadi pemimpin politik cemerlang bukan sahaja memerlukan karakter yang baik, malah memiliki ilmu pengetahuan.

Beliau berkata, menjadi pemimpin berilmu itu penting, jika tidak ia dikhuatiri boleh ‘menyesatkan’ orang lain.

“Bila karakter sudah ada perkara seterusnya adalah ilmu, kalau dia tidak ada ilmu dia boleh menyesatkan orang.

“Sebab itu pada saya manusia ini bukannya bodoh, tetapi dia jahil dan kita kena ajar dia sampai jadi pandai,” katanya pada sidang media selepas menyantuni pengamal media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempertahankan latar pendidikan calon gabungan itu, Abidin Ismail, yang dikatakan tidak mempunyai ‘kelayakan akademik tinggi’, namun berkemampuan memimpin.

Sanusi berkata, biarpun kelulusan akademik juga penting namun ramai pemimpin politik negara tidak mempunyai kriteria itu masih berjaya dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

Sebelum ini, kelayakan akademik calon PAS itu dipersoal banyak pihak berikutan kelulusannya tidak dipamerkan pada poster calon.

Manakala Joohari, 60, merupakan bekas guru dan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Malah Abidin turut menjadi bahan jenaka netizen selepas beliau diberi sijil penarafan ISO 14001 pada majlis pengumuman calon mewakili PN sebelum ini.

Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, calon dengan pendidikan itu penting kerana rakyat perlukan pemimpin yang berkualiti bukan tangkap muat.

“Pertembungan dua penjuru di Sungai Bakap, kali ini saya memilih PhD berbanding ISO.

“Kerana rakyat perlukan pemimpin yang berkualiti bukan tangkap muat sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini. – 23 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related