PRK Sg Bakap: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 2 Julai

Kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos

1:25 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 2 Julai.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap Khairulnizam Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata ini kerana, kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.

“Betul tiada pengundian awal, semua telah memohon untuk undi pos,” katanya secara ringkas kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan kertas undi pos kepada semua yang terlibat esok dan kertas itu boleh diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab (PYB) pada 2.30 petang.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei, seramai 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis. 

PRK DUN Sungai Bakap yang menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail itu, diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut. – 23 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related