Usul rujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dibentang Isnin ini

Usul itu difahamkan mengenai dakwaan Wan Saiful bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya boleh dibatal serta digugurkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu usul untuk merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijangka dibentangkan, Isnin ini.

Usul itu difahamkan mengenai dakwaan Wan Saiful bahawa pertuduhan kes mahkamah yang dikenakan terhadapnya boleh dibatal serta digugurkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat bertarikh 24 Jun yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, usul nombor satu itu akan dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas sesi pertanyaan lisan.

“Bahawa pada Rabu, 28 Februari 2024 dan Khamis, 21 Mac 2024, Wan Saiful telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan masing-masing seperti dalam Penyata Rasmi muka surat 41 pada 28 Februari 2024 dan Penyata Rasmi muka surat 38 dan 39 pada 21 Mac 2024.

“Dewan yang mulia ini memandang serius kenyataan beliau secara tersirat telah mendakwa ada individu yang konon bertindak bagi kerajaan boleh memanipulasi untuk membatal atau mengugur pertuduhan kes mahkamah terhadapnya.

“Perbuatan ini menunjukkan Wan Saiful menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak dalam kes tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi memfailkan usul bagi merujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ia susulan Wan Saiful membuat sangkaan jahat serta mendakwa Zulkafperi sebagai ‘ejen’ memujuk atau menyogok wakil rakyat pembangkang untuk menyokong kerajaan.

Dalam pada itu, menerusi aturan mesyuarat tersebut, Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu perlu dirujuk untuk menentukan sama ada kenyataan dibuat dalam Parlimen mengelirukan atau sebaliknya.

“Maka dengan ini dipersetujui bahawa Wan Saiful hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat penentuan sama ada kenyataannya mengelirukan Dewan dan merosakkan kepentingan pihak yang berbicara dalam kes tersebut.

“Mengambil apa-apa keterangan yang difikirkan perlu, selepas itu jawatankuasa ini hendaklah membuat syor dalam satu penyata untuk pertimbangan Dewan,” katanya. – 22 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related