Daging korban boleh diberi kepada bukan Islam yang tidak memusuhi Islam: Mufti Perlis

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-68 yang berlangsung baru-baru ini

8:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Fatwa Negeri Perlis memutuskan daging korban Aidiladha boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-68 yang berlangsung baru-baru ini.

“Daging korban boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

“Ia termasuk dalam muamalah baik yang dianjurkan terutamanya jika mereka dari kalangan ahli keluarga, jiran dan golongan miskin,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan tersebut turut mengambil kira keutamaan kepada orang Islam.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-68 baru-baru ini. – Facebook Dr Maza, 22 Jun, 2024

“Ini dengan mengambil kira keutamaan kepada orang muslimin dan keputusan ini bakal diangkat kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,” katanya.

Sebelum ini, infografik dikongsikan di Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memetik sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa Mazhab Syafie menyatakan tidak dibolehkan berbuat demikian kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagaimanapun, seandainya dalam komuniti masyarakat di sesebuah tempat itu terdapat jiran bukan Islam dan mereka dikenali dengan sifat baik serta keramahannya terhadap masyarakat Islam, maka dibolehkan untuk diberikan daging korban tadi kepada mereka seandainya terdapat lebihan.

Namun, jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka perlu didahulukan umat Islam setempat yang lebih memerlukan. – 22 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related