Tumpahan minyak dari Singapura: Pembersihan pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini

JAS Johor juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Singapura untuk memastikan insiden pencemaran minyak itu dapat diselesaikan dengan berkesan

2:40 PM MYT

 

JOHOR BAHRU — Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata syarikat insurans  kapal yang terbabit dalam pelanggaran dan mengakibatkan tumpahan itu, telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan tersebut dan akan menanggung kos terlibat. 

“Kejadian pelanggaran kapal pada Jumaat minggu lepas (14 Jun) di sebuah pelabuhan dalam wilayah Singapura telah menyebabkan tumpahan minyak sebanyak 400 tan.

“Dengan keadaan ombak yang bergelora selama beberapa hari, tumpahan minyak tersebut telah hanyut ke perairan negara kita iaitu di Pengerang dan pada pagi Rabu lepas, kesan tumpahan minyak tersebut telah ditemukan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia dan telah mencemarkan kira-kira satu kilometer garis pantai di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Jabatan Laut dan agensi berkaitan akan memantau kerja-kerja tersebut bagi memastikan kawasan pantai dan permukaan laut yang tercemar dibersihkan dan keadaan kembali seperti biasa.

Ling berkata JAS Johor juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Singapura untuk memastikan insiden pencemaran minyak itu dapat diselesaikan dengan berkesan.

Semalam, beliau dilaporkan berkata JAS Johor giat menjalankan pemantauan susulan kes pelanggaran antara kapal Vox Maxima dari Belanda dengan kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura di Terminal Pasir Panjang, Singapura. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related