6 cedera bas ekspres jatuh gaung sedalam 50 meter

13 mangsa berjaya keluar sendiri dari bas tersebut manakala enam lagi yang cedera dikeluarkan oleh pasukan bomba

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu, Sabah, malam tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Sumsoa Rashid berkata, enam mangsa dan 13 lagi yang lain berjaya dikeluarkan daripada kenderaan terbabit oleh pasukan bomba.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans pihak KKM dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Sumsoa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden membabitkan bas ekspres yang membawa 19 penumpang pada jam 9.24 malam tadi.

Enam mangsa cedera dalam kemalangan pukul 9.24 malam tadi, yang melibatkan bas ekspres membawa 19 penumpang. – Gambar ihsan Bomba, 21 Jun, 2024

“Susulan itu, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Isuzu DMAX dan Perodua Kembara sebaik dihubungi.

“Perjalanan dianggarkan sejauh 23 kilometer (km) untuk sampai ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, didapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 19 penumpang telah hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter,” katanya.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, seramai 13 mangsa berjaya keluar dari bas tersebut dengan sendiri manakala enam lagi yang cedera dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 11:30 malam tadi. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related