Tiada sekolah dikecualikan ikut garis panduan DLP: Fadhlina

Kementerian Pendidikan akan membantu mana-mana sekolah yang berdepan masalah melaksanakan Program Dwibahasa bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan terdapat sekolah tertentu diberi pengecualian dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan berhubung pelaksanaan program berkenaan.

“Tidak benar (dakwaan). Semua kita dah minta dan kita pertegaskan, (sekolah) kena pakai dan rujuk garis panduan.

“Malah tidak ada sebarang masalah timbul setakat ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, Nibong Tebal, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang menyatakan sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan daripada peraturan baharu DLP.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memaklumkan, KPM akan membantu mana-mana sekolah yang berdepan masalah dengan pelaksanaan garis panduan tersebut.

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan akan membantu mana-mana sekolah yang berdepan masalah dengan pelaksanaan garis panduan tersebut. – Gambar Facebook Fadhlina Sidek, 20 Jun, 2024

“Mana-mana sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan itu, kita akan turun dan bantu sekolah tersebut untuk melaksanakannya,”katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menggesa KPM untuk menjelaskan sebab MCKK dan Kolej Tunku Kurshiah diberi kelonggaran “mengabaikan” peraturan baharu DLP.

Beliau bertanya sama ada sekolah di Semenanjung juga boleh memohon kepada KPM untuk mengetepikan peraturan baharu DLP.

Bagaimanapun Fadhlina sekali lagi menegaskan semua sekolah perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Tak (benar dakwaan), semua sekolah kerajaan perlu mematuhi garis panduan tersebut,” katanya. – 20 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related