Keputusan kekosongan kerusi DUN Nenggiri dibuat teratur, selaras undang-undang: Muhyiddin

Muhyiddin berkata, keputusan Mohd Ammar itu, selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dibuat teratur dan selaras dengan undang-undang antilompat parti di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekosongan diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah itu, turut menunjukkan bahawa pindaan perlembagaan Bersatu mengenai antilompat parti dan notis terhenti keahlian parti secara serta-merta yang dikeluarkan kepada wakil rakyat adalah mengikut kehendak undang-undang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Nenggiri.

“Kekosongan ini berlaku susulan notis dihantar Bersatu kepada Speaker DUN Kelantan, berhubung terhentinya keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri dari parti ini serta-merta kerana melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu,” katanya menerusi kenyataan.

Muhyiddin berkata, keputusan Mohd Ammar itu, selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, Bersatu bersama parti anggota Perikatan Nasional (PN), bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri mengikut tarikh akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT dan dukungan rakyat, kita akan beroleh kemenangan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar pada sidang media di Kota Bharu hari ini, mengumumkan kerusi Nenggiri diisytiharkan berlaku kekosongan luar jangka berkuatkuasa serta-merta.

Pengumuman itu sekali gus merungkai teka-teki status Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim sebagai pemimpin kawasan berkenaan selepas beliau antara tujuh wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Amar berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun serta Bersatu pada 12 Jun memaklumkan, hilang keahliannya dalam parti itu dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Katanya, Bersatu dan PAS akan duduk semeja untuk berbincang bagi menentukan parti mana akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang diumumkan kosong bermula hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya yakin akan terus mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan nanti. – 19 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related