Ratifikasi Konvensyen C155 ILO sumbang pelbagai kebaikan kepada pekerja Malaysia

Ratifikasi itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menegakkan keselamatan pekerjaan yang menyeluruh dan peraturan kesihatan, selaras dengan amalan terbaik global

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dilaksanakan kerajaan akan membawa pelbagai kebaikan kepada pekerja di Malaysia, sekali gus meningkatkan perlindungan hak dan kesejahteraan golongan itu.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kebaikan itu adalah meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja, memandangkan konvensyen berkenaan menetapkan garis panduan untuk memastikan persekitaran kerja selamat serta sihat.

Katanya, ia akan membantu mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerjaan, dengan menyediakan langkah pencegahan berkesan.

“Ratifikasi ini juga akan meningkatkan produktiviti apabila pekerja yang bekerja dalam persekitaran selamat dan sihat, cenderung lebih produktif.

“Keselamatan dan kesihatan yang baik di tempat kerja akan mengurangkan kehilangan hari bekerja akibat kecederaan atau penyakit, seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Effendy berkata, perlaksanaan undang-undang lebih konsisten dengan ratifikasi ini yang undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya.

“Ini termasuk tanggungjawab majikan untuk menyediakan tempat kerja selamat dan memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, kebaikan lain adalah peningkatan kesedaran dan latihan dengan penguatkuasaan konvensyen ini dapat menggalakkan pendidikan serta latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dengan berterusan serta membantu memberi kesedaran kepada pekerja mengenai bahaya di tempat kerja dan bagaimana mengelakkannya.

Menurutnya, penglibatan pekerja dalam proses keselamatan di dalam konvensyen itu, akan menekankan kepentingan penglibatan pekerja ketika perbincangan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Keadaan itu, katanya, akan memberi pekerja lebih suara dan peranan aktif dalam memastikan keselamatan mereka.

“Kepercayaan dan kepuasan pekerja yang akan merasakan bahawa mereka dihargai dan dilindungi sentiasa.

“Ini boleh meningkatkan moral pekerja dan mengurangkan kadar pusing ganti pekerja.

“MTUC percaya dengan meratifikasi Konvensyen C155, Malaysia akan memperkukuh komitmennya terhadap hak pekerja dan kesejahteraan mereka, selaras standard antarabangsa ditetapkan ILO.,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, ratifikasi itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menegakkan keselamatan pekerjaan yang menyeluruh dan peraturan kesihatan, selaras dengan amalan terbaik global, sekali gus meningkatkan perlindungan hak serta kesejahteraan pekerja.

Ujarnya, komitmen itu memastikan keselamatan pekerja dan memastikan undang-undang betul mengenai keselamatan di tempat kerja terpelihara.

Ratifikasi ini, katanya, selari dengan pindaan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2024 yang mengutamakan kepentingan keselamatan dan kesihataan tempat kerja di Malaysia.

“Pindaan itu dibuat untuk membawa undang-undang domestik selaras dengan piawaian buruh ditetapkan ILO.

“Ia menekankan tanggungjawab bersama kedua-duanya, iaitu pekerja dan majikan dalam memastikan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja yang standard, selain pendekatan proaktif untuk melindungi kesejahteraan pekerja,” katanya.

Terdahulu, dokumen ratifikasi konvensyen C155 itu diserahkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim kepada Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo pada Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 di Geneva, Switzerland, baru-baru ini.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan, langkah itu bakal menjadi pelengkap kepada pelaksanaan serta dasar dan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara, susulan pindaan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekeridan 1994 (Akta 514) (Pindaan) 2022 (Akta A1648) berkuat kuasa 1 Jun lepas. – 19 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related