Insiden Balai Polis Ulu Tiram: 5 ahli keluarga suspek tiba di mahkamah, dikawal ketat 30 anggota

Setakat ini pertuduhan bakal dihadapi kelima-kelima suspek belum diketahui

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu, tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada kira-kira jam 9 pagi ini untuk berdepan pertuduhan kes itu.

Difahamkan, mereka yang tiba dengan dibawa menaiki van Polis Diraja Malaysia (PDRM), dikawal ketat kira-kira 30 anggota polis untuk memasuki kamar mahkamah.

Kes terbabit turut menyaksikan pengamal media berkumpul di pekarangan mahkamah berkenaan sejam jam 7 pagi untuk membuat liputan.

Namun, setakat ini pertuduhan bakal dihadapi kelima-kelima suspek belum diketahui.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lima ahli keluarga suspek itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurutnya, di bawah Sosma, Cawangan Khas Bukit Aman menjalankan siasatan, manakala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Sebelum ini, tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut direman, dibebaskan tanpa syarat.

Dalam kejadian serangan pada jam 2.54 pagi itu, tiga disahkan maut, iaitu dua anggota polis, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek yang berumur 21 tahun.

Manakala, seorang anggota berpangkat koperal pasukan keselamatan itu, Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dirawat di Hospital Sultan Ismail beberapa hari. – 19 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related