Samun kedai emas: Nilai kerugian cecah RM3.2 juta, 7 saksi dirakam keterangan

Polis akan memanggil beberapa saksi lain untuk memberi keterangan dalam masa terdekat

6:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kerugian kira-kira RM3.2 juta dalam kejadian samun sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohamad Nasir Drahman berkata setakat ini, seramai tujuh individu termasuk pekerja premis terbabit diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kita akan panggil beberapa saksi lain untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan empat lelaki memakai topeng dan berpakaian seperti pengawal keselamatan serta bersarung tangan masuk ke premis itu yang terletak di tingkat satu pada 3.17 petang.

Suspek bertindak memecahkan cermin kaca tempat simpanan barang kemas menggunakan tukul besi sebelum mengambil barang kemas selain turut dipercayai membawa dua pucuk pistol serta selaras senapang.

Beliau berkata semasa kejadian suspek melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan terbabit. – 18 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related