Simpanan RM24.2 juta lesap: 2 pegawai bank ‘orang dalam’ antara 5 individu ditahan

Lelaki berusia 38 tahun itu yang juga kakitangan bank berkaitan ditahan di Kota Kinabalu pada 13 Jun lalu

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima individu termasuk dua kakitangan bank yang disyaki menjadi ‘orang dalam’ dan bersubahat dengan sindiket, bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jumaat lalu kita tahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket dan setakat hari ini kita dah tangkap lima orang, dua pegawai bank dan tiga yang lain,” katanya kepada Scoop hari ini.

Ramli dalam kenyataannya semalam berkata, lelaki dipercayai dalang sindiket yang mengeluarkan wang tunai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan berjaya ditahan.

Suspek berusia 40-an itu ditahan di Sabah selepas polis menahan seorang kakitangan sebuah bank sehari sebelumnya.

Terdahulu, JSJK mengesahkan menerima empat laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun simpanan tetap membabitkan kerugian bernilai RM24.2 juta.

Menurut Ramli, laporan polis dibuat pemilik akaun dan kakitangan bank di Petaling Jaya, awal bulan ini memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan itu, katanya, suspek berusia 38 tahun yang juga kakitangan bank berkaitan ditahan di Kota Kinabalu pada 13 Jun lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan, memandangkan urusan itu hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman. – 17 Jun, 2024.

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related