Aliran trafik keluar Lembah Klang terkawal, pengaktifan smartlane lancarkan perjalanan

Setakat 10 pagi tadi, kenderaan dilaporkan meningkat di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak namun perjalanan trafik masih lancar

11:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.

Jurucakap itu berkata, beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau ke kampung halaman.

“Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM0.4 hingga KM6.0 arah Utara dari Pandan ke Kempas, KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan KM280 hingga KM276 arah Selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale.

“Selain itu, terdapat juga dua kemalangan di KM438.6 arah Selatan dari Sungai Buaya ke Rawang dan KM407.6 arah Selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar, namun tiada lorong terhalang dan tidak menyebabkan sebarang kesesakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – 16 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related