Sanusi diminta kerjasama dengan Persekutuan selesai isu air di Kedah

Terdapat beberapa kawasan di Kedah termasuk Merbok, Sungai Petani dan Bandar Baharu yang menghadapi masalah air disebabkan tekanan rendah dan bekalan sering terputus

7:24 PM MYT

 

BANDAR BAHARU – Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah terlebih dahulu sebelum berhasrat membantu Pulau Pinang dalam isu tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata masalah air di Kedah perlu menjadi keutamaan kepada kerajaan Kedah, manakala isu sama di Pulau Pinang perlu diserahkan kepada pemimpin negeri berkenaan untuk menyelesaikannya.

“Jadi saya ingat begini untuk MB (Menteri Besar Kedah), (isu bekalan) air di Sungai Bakap itu biar Pulau Pinang urus, kita jaga Kedah kita dulu. Saya akan bekerjasama dengan MB, bantu MB. MB pun kena bantu kita.

“Mai (Mari) kita selesai masalah ayaq (air) Kedah dulu. Saya ingat yang itu lebih bagus. Yang sana (di Sungai Bakap) itu biar Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow buat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dalam ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menawarkan kepada Pulau Pinang membeli lebihan air dari Kedah selepas Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar disiapkan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah berkata terdapat beberapa kawasan di Kedah termasuk Merbok, Sungai Petani dan Bandar Baharu turut menghadapi masalah air disebabkan tekanan rendah dan bekalan sering terputus.

Menurutnya sebanyak lima projek membina dan menaik taraf LRA di Kedah sedang dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu termasuk LRA Lubuk Buntar yang membabitkan peruntukan RM60 juta.

“LRA Lubuk Buntar itu dah lewat, jadi kita nak selesaikan. Projek itu bernilai RM60 juta, bila siap nanti akan membekalkan 32 juta liter air sehari untuk Kedah,” katanya. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related