KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidiladha, Isnin ini.
Menerusi laporan terkini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dari ibu negara mula perlahan kerana pertambahan kenderaan.
Bagi melancarkan perjalanan ke arah selatan tanah air, Plus telah mengaktifkan laluan Smart Lane dari Kilometer (Km) 194.5 hingga 184.0 laluan Ayer Keroh ke Jasin, Melaka arah selatan.
https://t.co/6wimt2OYh4 pic.twitter.com/jPV9t4VumX
— plusline1800880000 (@plustrafik) June 15, 2024
Menerusi laman X, Plus memaklumkan laluan Smart Lane sepanjang 11.1 Km itu diaktifkan bermula jam 2 petang tadi hingga 7 malam ini.
“Pengaktifan Smart Lane Km 194.5 hingga Km 184.0 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin. Lorong paling kiri boleh dilalui di lokasi.
“Kenderaan ringan ikut Smart Lane. Pandu berhati-hati,” katanya. – 15 Jun, 2024