JKM akan jaga adik Zayn Rayyan selama 2 bulan

Tempoh berkenaan ditetapkan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan ditempatkan di Institusi Kebajikan selama dua bulan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mendapat perintah Jagaan Sementara daripada Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, tempoh berkenaan ditetapkan selama dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap, lapor Harian Metro.

Perintah Jagaan Sementara itu adalah mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001.

“JKM akan menentukan dalam siasatan nanti sama ada Orang Yang Layak dan Sesuai untuk menjaga selepas selesai siasatan,” katanya.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Sementara itu, peguam yang mewakili bapa kepada Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin berkata, tindakan JKM menempatkan adik kepada mangsa bunuh itu di bawah jagaan agensi berkenaan merupakan prosedur normal.

“JKM mempunyai kuasa perundangan untuk menempatkan kanak-kanak itu dalam jagaan mereka di bawah Seksyen 18 dan 19 Akta Kanak-Kanak,’’ katanya. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related