Bukit Aman minta MCMC turunkan kandungan tangkap layar siasatan kes Zayn Rayyan

Polis juga akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tangkap layar yang didakwa laporan siasatan kematian kanak-kanak autisme itu

2:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menurunkan tangkap layar yang didakwa laporan siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis juga akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tangkap layar berkenaan.

“Polis sedang meneliti isi kandungan tangkap layar berkenaan. Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh menggangu perjalanan perbicaraan kes (Zayn Rayyan) yang akhirnya nanti keadilan mungkin tidak dapat diberikan kepada adik Zayn Rayyan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Turut hadir timbalan beliau, Fadil Marsus.

Mohd Shuhaily berkata, segala maklumat berkaitan kes Zayn Rayyan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak rasmi dan masyarakat dinasihatkan tidak mempercayai atau berkongsi maklumat yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tindakan ini tidak membantu mana-mana pihak sama ada di pihak pendakwaan, polis mahupun keluarga mangsa.

“Tindakan berkenaan juga boleh menggugat segala kerja keras pasukan penyiasat yang telah bertungkus lumus menyiasat kes ini,” katanya.

Mengulas mengenai adik kepada Zayn Rayyan yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Shuhaily berpendapat ia merupakan tanggungjawab moral dan undang-undang pihak berkenaan untuk berbuat demikian.

“Ia mungkin susulan JKM melihat adalah perlu bagi pihaknya mengambil anak kedua pasangan berkenaan susulan mereka telah dituduh mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Mengenai kenyataan Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu bahawa siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan sehinga pelaku sebenar ditemukan, Mohd Shuhaily sekali lagi menegaskan bahawa siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan mengikut seksyen berkenaan telah selesai.

“Siasatan di pihak kami (polis) telah selesai bagaimanapun siasatan boleh dibuka kembali sekiranya timbul bukti baharu semasa perbicaraan nanti dan terdapat arahan daripada pihak pendakwaan,” katanya.

Fahmi dalam sidang medianya semalam dilapor berkata, polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak akan berhenti untuk mencari siapa pelaku sebenar.

Semalam, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related