PM beri amaran, tarik lesen pengusaha bas sekolah jika naikkan tambang

Ini kerana perkhidmatan itu menerima subsidi diesel daripada kerajaan

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan menarik balik lesen pengusaha bas sekolah jika mereka menaikkan tambang perkhidmatan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberikan amaran berkenaan berkata, ini kerana perkhidmatan itu menerima subsidi diesel daripada kerajaan.

“Bagi amaran, kalau kamu diberi subsidi minyak, kamu naikkan (kadar tambang)…kamu jaga.

“Kalau naik, kami tarik (balik) lesen,” katanya semasa berucap dalam program Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Scoop baru-baru ini melaporkan pengusaha bas sekolah khususnya di Lembah Klang merancang untuk menaikkan kadar tambang susulan langkah kerajaan melaksanakan subsidi diesel bersasar, menyaksikan harga runcit bahan api itu di semua stesen minyak di Semenanjung ditetapkan RM3.35 seliter.

Menurut pengusaha bas sekolah itu, perkara itu tidak dapat dielakkan jika mengambil kira hasil keuntungan selepas ini.

“Kuota isi padu minyak melalui fleet card terhad tapi untuk pengusaha bas sekolah, berat untuk ditanggung kerana keuntungan kami dapat adalah sedikit. Ada di antara kami yang sekarang hanya dalam keadaan bertahan,’’ kata salah seorang pengusaha bas sekolah, Nurul Nurliana Rusman.

Pada 10 Jun lalu, harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter berkuatkuasa, sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bagaimanapun kekal pada kadar RM2.15 seliter. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related