Akta Kanak-Kanak paling sesuai untuk dakwa ibu bapa Zayn Rayyan berdasarkan bukti yang ada: Shuhaily

Polis telah menggunakan semua peruntukan undang-undang sebaik mungkin untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ini sehingga membawa kepada pendakwaan hari ini

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwaan memutuskan akta yang paling sesuai digunakan untuk mendakwa ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada masa ini ialah di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia juga adalah susulan perbincangan mendalam bersama pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berdasarkan segala bukti dan keterangan yang ada.

Jelasnya, sepanjang enam bulan siasatan dijalankan sejak Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sudah menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Selain itu, semua aset dan logistik yang dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digerakkan sepanjang siasatan.

“Daripada konteks perundangan yang digunakan itu jelas, tidak ada niat tidak baik atau sebagainya, kami menggunakan semua peruntukan undang-undang itu sebaik mungkin untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ini sehingga membawa kepada pendakwaan hari ini,’’ katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, setiap butiran terperinci dari sekecil-kecil fakta, keterangan dan bukti dianggap penting dalam menyelesaikan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

“Polis menggunakan seluruh tenaga, kepakaran, aset selama 6 bulan, dan satu ‘task force’ ditubuhkan untuk mengkaji semua barang bukti, keterangan yang kita ambil, beratus helai keterangan, periksa CCTV, dashcam, siasatan bukti forensik dan patalogis – ini semua dilakukan pasukan ini bersama pasukan D5 Bukit Aman. 

“Jadi rakyat Malaysia janganlah terus membuat spekulasi yang tidak bertanggungjawab dan perbicaraan akan bermula Julai, semuanya akan didedahkan dan dibicarakan. 

“Kes ini begitu sensitif, mangsa adalah anak istimewa manakala orang yang dituduh adalah ahli keluarga sendiri, kita sama-sama doakan supaya ada keadilan kepada si mati,” katanya. 

Mengulas mengenai dakwaan kononnya pihak polis menyekat komunikasi antara ibu bapa Zayn dengan peguam ketika direman, Shuhaily memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai hak dalam perkara itu. 

“Pihak polis diberikan hak untuk menolak permohonan peguam untuk berjumpa pasangan berkenaan mengikut Seksyen 28A (8) Kanun Tatacara Jenayah. 

“Bahagian 5 Kuasa Istimewa Penyiasat (Special Investigation Power), pada seksyen berkenaan telah memberikan kuasa kepada pihak polis untuk berbuat demikian semasa siasatan dijalankan. 

“Pihak polis tidak mempunyai sebarang niat tidak baik semasa menguatkuasakan peruntukan berkenaan kerana fokus polis hanya untuk menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan semua peruntukan disediakan,” katanya.  

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a)  Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas. – 13 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related