SPRM tumpu siasatan prosedur pemberian kontrak kepada Asia Mobiliti: Azam

Siasatan sedang dijalankan dan 'area' yang sedang dilihat adalah dari segi prosedur mengenai pemberian kontrak berkenaan kepada syarikat terbabit

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tertumpu kepada prosedur pemberian kontrak oleh kerajaan Selangor kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti), yang dikaitkan dengan suami seorang menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, namun setakat ini beliau tidak melihat kaitan antara kementerian diterajui menteri terbabit dengan pemberian kontrak berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan dan ‘area’ yang kita sedang lihat adalah dari segi prosedur mengenai pemberian kontrak berkenaan kepada syarikat terbabit.

“Tetapi seperti mana saya nyatakan sebelum ini, setakat ini tidak nampak ada kaitan di antara kementerian terbabit, lebih mudah lagi antara menteri berkenaan dengan pemberian kontrak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘The Sin Of Corruption A Religious Perspective’ di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han memaklumkan pelantikan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) sebagai salah satu syarikat pengendali perkhidmatan projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) Selangor Mobolity telah diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) pada 22 Disember 2022.

Ia bagi penyertaan Asia Mobiliti dalam proses pengujian Proof of Concept (POC) perkhidmatan Bus On Demand manakala penyertaan Badan Bas Coach Sdn Bhd (Badan Bas) diluluskan pada 24 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pelantikan Asia Mobiliti yang didakwa ada kaitan dengan suami kepada seorang menteri. CEO Asia Mobiliti adalah Ramachandran Muniandy, iaitu suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ia dibangkitkan akaun Aduan Rakyat di laman X mempersoal pelantikan Asia Mobiliti dalam projek DRT di Selangor dan mendakwa syarikat itu dimiliki suami kepada Hannah.

Azam sebelum ini berkata, SPRM tidak mempunyai isu dengan pemberian kontrak kepada Asia Mobiliti ini kerana kontrak itu diberikan oleh Kerajaan negeri Selangor, bukannya Kementerian Belia dan Sukan. -13 Jun, 2024

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related