Bersatu hantar notis terhenti serta-merta pada 6 wakil rakyatnya

Notis terhenti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam wakil rakyat yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu pada hari ini

5:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu telah menyerahkan notis terhenti serta-merta hari ini kepada enam wakil rakyat parti itu yang mengisytiharkan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bagi seorang lagi wakil rakyat, Suhaili Abdul Rahman, notis tersebut dihantar lebih awal iaitu pada 17 Mei lalu.

“Setelah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat malam semalam, notis terhenti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam orang wakil rakyat yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu pada hari ini.

“Semua proses ini dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Enam wakil rakyat tersebut adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Malam tadi, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN berkata, pihaknya akan menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Kelantan berhubung kedudukan wakil rakyat terbabit.

“Ada proses, perlu berhati-hati, perlu lengkap dengan laporan sebab kita tak nak gopoh, sebab itu ambil masa nak susun betul-betul, kita tak nak atas alasan teknikal, tindakan ini dikatakan tak berperaturan.

“Kita yakin (dengan) langkah (yang) diambil kerana banyak pihak kata betul, ikut Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti dan selaras itu, ROS (Pendaftar Pertubuhan) setuju dan kita beritahu Ahli Parlimen, ADUN Bersatu mereka kena patuh dan tandatangan tetapi ada yang tidak setuju… dan untuk menentukan adanya pilihan raya (kecil) kena bawa kepada Speaker,” katanya. – 12 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related