Tiada pengakuan bersalah dibuat ibu Zayn Rayyan: Peguam

Ismanira hari ini menekankan bahawa dia tidak ingin membuat sebarang pengakuan bersalah

2:00 PM MYT

 

PETALING JAYA – Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf tidak membuat sebarang pengakuan bersalah dalam prosiding tertutup dalam kamar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Peguam mewakili Ismanira, Mahmud Jumaat berkata, pihak polis hari ini membawa Ismanira, 29, bagi mendapatkan pengakuan bersalah di hadapan majistret mengikut Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950.

Seksyen berkenaan menyatakan tiada pengakuan salah yang dibuat oleh mana-mana orang semasa berada dalam jagaan seseorang pegawai polis boleh dibuktikan bagi menentang orang itu melainkan jika pengakuan salah itu dibuat di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.

“Ini adalah proses yang diambil polis sekiranya ada pengakuan salah, namun dalam kes ini tiada pengakuan salah, sebaliknya anak guamnya hanya memberi keterangan.

“Isma hari ini menekankan bahawa dia tidak ingin membuat sebarang pengakuan bersalah, sebaliknya memberi keterangan berlainan daripada apa yang didakwa di luar sana, kononnya dia sudah membuat pengakuan salah dan terbabit dalam pembunuhan,” katanya kepada media di pekarangan kompleks mahkamah di sini, hari ini.

Mahmud berkata, hanya Ismanira yang dibawa ke mahkamah hari ini bagi prosiding berkenaan dan esok merupakan penentu sama ada pasangan itu atau salah seorang daripada mereka akan didakwa.

Namun jika tidak ada sebarang pertuduhan, Mahmud menegaskan pasangan tersebut perlu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Ingin saya tekankan di sini kami (peguam) serupa seperti mana rakyat Malaysia di luar sana, kita ingin kematian arwah Zayn dibela dan memberikan keadilan kepadanya.

“Saya mohon orang ramai di luar sana untuk hentikan penyebaran berita tidak tepat, khuatir jadi fitnah kepada keluarga,” katanya.

Selain, Mahmud, seorang lagi peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa Zayn, Zaim Ikhwan Zahari turut hadir di mahkamah.

Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa Zayn, Zaim Ikhwan Zahari turut hadir di mahkamah. – Gambar Alif Omar/Scoop, 12 Jun, 2024

Fahmi pada sidang media itu berkata, pihaknya mengemukakan bantahan kepada mahkamah kerana tidak dimaklumkan mengenai prosiding hari ini selain tiada peruntukan khusus mengenainya.

Bantahan berkenaan, katanya direkodkan oleh mahkamah dan memandangkan tidak ada peruntukan khusus berhubung prosiding ini maka ia adalah prejudis ke atas anak guam kami, malah boleh menjejaskan pembelaan selepas ini jika mereka didakwa.

“Untuk prosiding tertutup pagi ini pun kami hanya dimaklumkan oleh media pada 9 pagi ini…bagi tujuan prosiding ini, ia luar biasa iaitu agak aneh apabila dimaklumkan akan berlaku satu pengakuan diberikan Ismanira di hadapan majistret.

“Kami bersetuju untuk hadir ke mahkamah, walaupun tiba lewat yang bukan disengajakan sebab dimaklumkan lewat dan prosiding dibuat dalam kamar di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

“Kami tanya apa asas kehadiran Pegawai Penyiasat (IO) dan Ismanira (ke mahkamah hari ini).

“Kami dibenarkan untuk membuat bantahan untuk prosiding ini dan asas bantahan kami berdasarkan dalam Seksyen 115 Kanun Tatacara Jenayah yang tidak dinyatakan apa-apa proses jelas berkaitan dengan permohonan seperti ini.

“Pegawai penyiasat memaklumkan permohonan bukan bawah Seksyen 115 (kerana) ia sudah dimansuhkan tetapi Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950, namun kami membantahnya.

“Ini kerana Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950 sudah tidak relevan untuk mengambil sebarang pengakuan salah di hadapan majistret, jadi semua bantahan sudah direkod majistret,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, polis menahan pasangan suami isteri yang juga ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf, dan mereka ditahan reman selama enam hari sejak 1 Jun lalu.

Namun pada 7 Jun, polis telah mendapatkan perintah melanjutkan reman sehingga esok.

Isnin lalu, Ismanira dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan di Apartment Idaman di Damansara Damai, untuk melakonkan semula kejadian yang membawa kepada kehilangan dan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan tahun lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya pada 6 Disember tahun lalu. – 12 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

[UPDATED] Fire breaks out at Genting Highlands theme park building

Fire Dept says blaze at Sky Avenue mall building put out by 7.20pm, no casualties reported

Related