Kerajaan timbang tambah kuota kenderaan layak subsidi diesel

Ia antara beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan yang akan dipertimbangkan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0

10:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan kuota asas pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekpress dalam penyasaran subsidi diesel.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia antara beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan yang akan dipertimbangkan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.

“KPDN sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan ini dan akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian
Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, langkan itu diambil susulan beberapa pihak yang mengemukakan permohonan terus kepada KPDN selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula pada 10 Jun lalu.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

SKDS merupakan platform khusus untuk kenderaan awam terpilih dan pengangkutan barangan untuk terus menerima subsidi diesel menerusi fleet card. – 12 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related