Indikator ‘B-Ready’ Bank Dunia perlu diberi penekanan: PM

B-Ready adalah laporan utama baharu Bank Dunia yang menjadi penanda aras bagi persekitaran perniagaan dan iklim pelaburan di kebanyakan negara di seluruh dunia

11:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Indikator ‘Business Ready’ (B-Ready) oleh Bank Dunia adalah satu penilaian yang harus diberikan penekanan oleh Malaysia dengan memperkenal beberapa pendekatan dan kaedah baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pendekatan dan kaedah itu termasuk sinergi antara industri serta program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan lebih dekat.

Perdana Menteri berkata kepercayaan perlu diberikan kepada pemain industri untuk menetapkan jenis latihan kerana mereka lebih tahu apa yang diperlukan daripada sistem pendidikan yang konvensional.

“Ini antara usaha yang cuba kita ketengahkan untuk mempercepat kelulusan serta proses dan pada masa sama, untuk memberikan komitmen supaya kita boleh ubah suai di mana yang perlu.

“Negara tidak akan maju sekiranya terikat dengan ruang selesa dan mudah merasa baik dengan setiap kejayaan,” katanya dalam ucaptama pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di sini malam ini.

B-Ready adalah laporan utama baharu Bank Dunia yang menjadi penanda aras bagi persekitaran perniagaan dan iklim pelaburan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Laporan itu menilai rangka kerja kawal selia dan perkhidmatan awam yang ditujukan kepada firma-firma serta kecekapan gabungan rangka kerja kawal selia dan perkhidmatan awam yang menjadi amalan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata bidang TVET ketika ini tidak lagi formal seperti dahulu dan jika ada mana-mana industri berhasrat untuk mengambil alih satu atau dua program, mereka dialu-alukan berbuat demikian.

“Petronas dan Proton-Geely sebagai contoh. Ini menjadikan sinergi antara industri dan program TVET lebih erat,” katanya.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

AKI 2024 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah bagi mengiktiraf syarikat Malaysia yang menunjukkan kecemerlangan dari segi amalan pengurusan, kualiti produk, perkhidmatan serta memberikan nilai tambah berterusan kepada pemegang taruh.

Sebanyak 13 kategori dipertanding dengan tiga anugerah utama iaitu Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan (tiga kategori), Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan (empat kategori) dan Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka (satu kategori).

Selain itu, satu pemenang daripada lapan kategori ini dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri iaitu anugerah paling berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan industri oleh kerajaan. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related