Ibu bapa Zayn Rayyan bebas atau didakwa, tunggu kenyataan Pengarah JSJ: Ketua Polis Selangor

Beliau turut memaklumkan tidak mempunyai maklumat sama ada kertas siasatan sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya

6:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan enggan berkongsi perkembangan terkini siasatan kes ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang akan tamat menjalani tahanan reman pada Khamis (13 Jun).

Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Reman akan tamat pada Khamis, jadi saya tidak dapat berkongsi apa-apa petang ini. (Dibebaskan atau terus tuduh). Kedua-dua suspek tidak boleh sambung reman lagi.

“Tunggu… mungkin Pengarah JSJ akan beri kenyataan berkaitan perkembangan kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau turut memaklumkan tidak mempunyai maklumat sama ada kertas siasatan sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Sama ada sudah lengkap atau belum lengkap (kertas siasatan), pihak Bukit Aman akan maklum nanti.

“Saya tidak ada maklumat yang lengkap untuk dikongsi. Tetapi benda itu (kertas siasatan) masih dalam proses,” katanya.

Ditanya mengenai kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi kejadian, beliau menegaskan, perkara itu adalah sebahagian tindakan bagi melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Pada 7 Jun lalu, pasangan suami isteri itu disambung reman enam hari lagi kerana terdapat percanggahan keterangan daripada suspek terbabit dan saksi. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related