Tak semestinya dia mengaku bunuh, polis bawa ibu Zayn mungkin untuk kumpul bukti: Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, apa yang dilakukan polis adalah sebahagian proses siasatan dan meminta masyarakat tidak membuat spekulasi berlebihan mengenai ibu bapa Zayn Rayyan

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan polis membawa kembali ibu kanak-kanak autisme mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai semalam, bukan semestinya bermaksud kerana wanita itu sudah mengaku sebagai pelaku kes terbabit.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, sebaliknya tindakan itu mungkin untuk mengumpul bukti mengenai kes.

“Polis bawa suspek ke kediamannya tidak semestinya sebab dia sudah mengaku sebagai pelaku.

“Ia adalah proses siasatan untuk mengumpul bukti,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Beliau berkata demikian ketika diaju mengenai dakwaan dan telahan segelintir pihak kononnya tindakan polis membawa ibu mangsa ke lokasi berkenaan disebabkan dia mengaku sebagai ‘pembunuh sebenar’.

Musa turut mengingatkan masyarakat, termasuk mana-mana pihak supaya tidak membuat spekulasi dan penilaian sendiri mengenai kes itu, sebaliknya menyerahkan ia kepada polis.

Katanya, polis sedang membuat siasatan terperinci untuk mengumpul bukti dan pihak berkuasa lebih maklum mengenai perkembangan semasa.

“Serahkan kepada polis, jangan buat spekulasi.

“Polis sedang mengumpul segala bukti,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut memandangkan kes itu masih dalam siasatan.

Ibu Zayn Rayyan ditahan reman sejak minggu lalu bagi membantu siasatan kematian anaknya. – Azim Rahman/Scoop, 11 Jun, 2024

Terdahulu, ibu Zayn yang kini direman enam hari bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya itu, dibawa kembali ke kediaman mereka, dipercayai bagi melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan kanak-kanak terbabit hingga mayatnya ditemui 6 Disember lalu.

Media melaporkan sebuah van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di Blok R pada jam 10.15 pagi.

Bagaimanapun, kelibat bapa Zayn tidak kelihatan dan sumber polis turut mengesahkan suspek lelaki itu tidak akan dibawa ke kediaman mereka untuk membantu siasatan esok.

Sementara itu, peguam mewakili kedua-dua suspek, Fahmi Abd Moin ketika bercakap kepada Scoop bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai proses polis membawa ibu Zayn ke kediaman mereka pagi tadi.

Sebaliknya, Fahmi meminta semua pihak agar bersabar dan menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Apa-apa kena tunggu keputusan Jabatan Peguam Negara. Saya belum terima apa-apa pemakluman mengenainya (sama ada kedua-dua suspek akan didakwa),” katanya.

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin meminta semua pihak agar bersabar dan menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara. – Azim Rahman/Scoop, 11 Jun, 2024

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, kira-kira jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan sekumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya selepas sehari dilaporkan hilang.

Pada 1 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes anak sulung daripada dua beradik itu.

Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan polis terhadap kes terbabit.

Jumaat lalu, polis menyambung reman pasanga berusia 28 tahun itu selama enam hari.

Pelanjutan tempoh reman dibenarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal itu bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related