SPRM minta bantuan Singapura jejak dalang ‘kontena terbang’

Berdasarkan siasatan awal, dalang warga Singapura yang menyebabkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada Malaysia telah meninggalkan negaranya

8:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura bagi membantu menjejak seorang rakyat negara itu yang disyaki dalang utama kes kontena lari cukai (kontena terbang).

Sumber SPRM berkata, berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah meninggalkan negara tersebut dan usaha menjejakinya sedang dijalankan.

“SPRM juga sedang memohon Mutual Legal Assistance dengan pihak berkuasa Singapura yang merupakan proses penting dalam siasatan kes ini berikutan ia melibatkan suspek bukan warganegara,” kata sumber itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Khamis lepas, tujuh individu termasuk pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terlibat dalam kes kontena terbang yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang, Selangor ditahan dalam Ops Transit.

Kesemua yang ditahan disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.

Hasil operasi yang dijalankan oleh SPRM dan JKDM pada Rabu lepas berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import.

Daripada pemeriksaan yang dilakukan, lima kontena telah dibuka dan mendapati ia mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED), lampu solar dan tin daging babi yang diproses. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s no-show at a crucial migration conference — A. Balasubramaniam

Vice-president of the Malaysian Trades Union Congress says country, with 2.37 mil registered migrant workers and currently the Asean chair, cannot afford to miss crucial discussions on migration

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related