Bukan retak, tapi kesan hitam di lebuh raya SPE

SPE memaklumkan kaedah pembinaan ‘crosshead portal’ ini melibatkan multiple casting’ dan kesan hitam terkumpul pada 'dry joint'

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan dan siasatan terperinci mendapati kesan retak pada persimpangan bertingkat di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) sebenarnya ialah kesan-kesan hitam di atas permukaan konkrit ‘crosshead’.

SPE dalam kenyataannya memaklumkan kaedah pembinaan ‘crosshead portal’ ini melibatkan multiple casting’ dan kesan hitam terkumpul pada ‘dry joint’.

Jelasnya, pemeriksaan dan siasatan terperinci secara visual jarak dekat telah dijalankan dengan menggunakan jentera skylift.

“Jurutera Profesional daripada Perunding EDP telah mengesahkan integriti struktur adalah kukuh dan selamat setelah pemeriksaan dijalankan.

“Hasil siasatan ke atas struktur berkaitan mendapati ia hanyalah kesan-kesan hitam di atas permukaan konkrit crosshead. Kaedah pembinaan crosshead portal ini adalah melibatkan multiple casting, dan kesan-kesan hitam telah terkumpul pada dry joint,’’ jelasnya.

Pada Jumaat, tular di media sosial perbandingan dua gambar struktur di Lebuhraya SPE berhampiran Jalan Cheras Kuala Lumpur yang disyaki retak besar hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Berikutan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan siasatan dijalankan segera susulan aduan melibatkan keselamatan pengguna lebuh raya.

Dalam pada itu, SPE memberitahu, pihaknya bersama LLM dan syarikat perunding lawatan siasatan pada pukul 11.00 malam, Jumaat lalu.

“Lokasi yang dilaporkan iaitu di struktur bertingkat jenis “crosshead portal” “Pier No 50” di Lebuhraya SPE berhampiran dengan sebuah gereja All Saints’ KL, Jalan Cheras, Maluri, Kuala Lumpur di SPE Seksyen 2 laluan Salak ke Pandan,” ujar kenyataan itu.

Pada Ahad, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau lokasi terbabit dan diberikan penerangan secara terperinci berkenaan kesan-kesan hitam itu.

SPE adalah sebuah lebuh raya bertingkat dan dibuka sepenuhnya pada 3 November 2023 merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 20.7 kilometer bermula daripada Taman Melati Gombak hingga ke Kerinchi. – 9 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related