Sanusi sindir Pulau Pinang ‘negeri maju tapi ada kawasan tiada air’

Sanusi menawarkan untuk menjual air bersih dari loji rawatan air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, Kulim

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyindir Pulau Pinang sebagai sebuah negeri maju namun ada penduduk di Nibong Tebal dan SungaI Bakap yang masih tidak mendapat bekalan air sejak enam tahun lepas.

Sambil menyifatkan ia sebagai memalukan, Sanusi yang Ketua Pengarah Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, perkara itu menghairankan apatah lagi Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang ditatang dan ‘dikasihi’ oleh Kerajaan Persekutuan.

Justeru, beliau menawarkan untuk menjual air bersih dari loji rawatan air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, Kulim.

“Saya nak umum malam ini, Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang) kalau tidak ada air di Nibong Tebal saya ada lebihan air di LRA Lubuk Buntar… kalau nak beli saya jual… saya (Kedah) bukan tidak ada air bersih.

“Kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) N20, Sungai Bakap di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Nibong Tebal, Jawi, malam tadi.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, Sungai Muda membekalkan 1,440 juta liter sehari (MLD0 ke Pulau Pinang manakala Kedah hanya menggunakan kira-kira 770 juta liter sehari (MLD) iaitu separuh daripada jumlah berkenaan.

“Kenapa air tak cukup, orang Pulau Pinang mandi kerap atau minum banyak,’’ soalnya.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya daripada PAS, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN itu pada 6 Julai ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu, Zamri menang kerusi itu dengan majoriti 1,563 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dalam pertembungan satu lawan satu.

Calon PN akan diumumkan 16 Jun ini manakala bagi PH pula dijangka membuat pengumuman calon pada minggu depan. – 9 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related