Kerajaan sedia dana tambahan RM200 juta perkasa TVET, galak penyertaan belia: PM

Pembiayaan tambahan ini akan disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membiayai pelajar yang akan mengikuti program TVET

1:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan membabitkan dana RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mampu dimanfaatkan 13,000 pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu juga adalah bagi meningkatkan penyertaan masyarakat, terutama belia untuk menceburi bidang TVET.

“Pembiayaan tambahan ini akan disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membiayai pelajar yang akan mengikuti program TVET,” katanya menerusi kenyataan sempena Hari TVET 2024 hari ini.

Anwar berkata, program TVET yang disediakan di Malaysia adalah bidang berkaitan industri berasaskan peralihan tenaga; industri berasaskan teknologi dan digital; industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi; pertanian dan industri asas tani.

Program lain, katanya, industri nadir bumi terutama kenderaan elektrik (electric vehicle atau EV); keselamatan cyber (cyber security); kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI); bahan termaju (advanced materials); teknologi elektronik dengan penumpuan kepada reka bentuk litar bersepadu, reka bentuk kejuruteraan dan fabrikasi wafer; mekanisasi ladang serta automasi pertanian dan penternakan.

Menurutnya, pembiayaan dalam bidang ini akan menggalakkan institusi TVET membangunkan program latihan selari hasrat kerajaan, bagi memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan serta nilai tinggi (high growth high value, HGHV).

“Selari (juga) dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) untuk mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi.

“Pembangunan ini selaras keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), perubahan iklim dan amalan kemampanan, anjakan demografi serta globalisasi rantaian nilai yang akan mengubah sifat pekerjaan, sekali gus memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir,” katanya, – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related