Insiden pecah rumah Khuzaimi satu kebetulan, tiada kaitan kes pemain lain: Polis Selangor

Difahamkan perompak itu sudah mengintip rumah lain terlebih dahulu

12:32 PM MYT

 

KAJANG – Kejadian pecah rumah di kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee di Shah Alam baru-baru ini, kebetulan semata-mata dan tiada kaitan dengan serangan ke atas pemain lain pasukan bola sepak itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, kediaman Khuzaimi tidak menjadi sasaran khusus disebabkan dia adalah pemilik rumah berkenaan.

Katanya, difahamkan perompak itu sudah mengintip rumah lain terlebih dahulu.

“Rumah Khuzaimi bukan sasaran kerana mangsa adalah pemain bola sepak, sebaliknya ia satu kebetulan dan tiada kaitan dengan serangan baru-baru ini, membabitkan pemain bola sepak lain,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Kontinjen Taman Angkat Amanita Selangor di Sekolah kebangsaan (SK) Taman Rakan di sini, hari ini.

Hussein berkata, siasatan juga mendapati suspek tidak menyasarkan rumah Khuzaimi sahaja.

“Perompak itu mengintip beberapa buah rumah di hadapan rumahnya.

“Apabila perompak merasakan rumah (ingin dipecah masuk) berisiko tinggi, mereka akan mencari yang lain. Apabila mereka mendapati bahawa sebuah rumah tidak didiami, mereka akan merompaknya,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related