Kita ada hak tentukan bila ibu bapa Zayn boleh bertemu peguam mereka: Polis

Polis ada hak memutuskan bila pertemuan itu boleh diadakan, termasuk sama ada semasa tempoh reman atau selepas

12:22 PM MYT

 

KAJANG – Polis akan menetapkan masa sesuai untuk peguam kepada ibu bapa kanak-kanak mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibenarkan bertemu anak guamnya berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, walaupun peguam ibu bapa mangsa mempunyai hak dan peluang bertemu mereka, polis juga ada hak memutuskan bila pertemuan itu boleh diadakan, termasuk sama ada semasa tempoh reman atau selepas.

“Jadi, polis mempunyai budi bicara untuk memutuskan bila peguam boleh berjumpa (anak guam mereka),” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Kontinjen Taman Angkat Amanita Selangor di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan di sini, hari ini..

Beliau berkata demikian susulan pendedahan peguam pasangan terbabit, Fahmi Abd Moin bahawa beliau hanya dapat bertemu anak guamnya itu, buat pertama kali pada prosiding mahkamah semalam, ketika permohonan polis melanjutkan perintah reman mereka.

Terdahulu, Fahmi mendedahkan kepada Scoop bahawa polis tidak menjawab beberapa surat dihantar pihaknya meminta dibenarkan berjumpa anak guamnya itu ketika mereka di bawah perintah reman kali pertama.

Sementara itu, Hussein berkata, soal siasat peringkat awal sudah dijalankan polis dalam tempoh reman tujuh hari sebelum ini, manakala pelanjutan enam hari perintah terbabit yang dibenarkan mahkamah akan digunakan untuk melengkapkan kertas siasatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related