Isu Kg Sri Makmur: 9 keluarga tercicir masih tunggu keputusan rayuan Rumah Selangorku

11 daripada 21 keluarga yang ditawarkan rumah mampu milik oleh kerajaan Selangor pada harga subsidi RM65,000 sudah diluluskan pinjaman perumahan mereka

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPURSembilan keluarga di Kampung Sri Makmur, Gombak yang tercicir dalam senarai yang diberikan pampasan masih menunggu keputusan rayuan penempatan semula di Rumah Selangorku daripada kerajaan negeri.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur (PPSM), Noora Mustafa berkata, status rayuan mereka masih menjadi teka-teki kerana belum mendapat sebarang maklum balas daripada Pejabat Menteri Besar Selangor.

“Setakat ini belum tahu lagi status rayuan sebab orang yang bertanggungjawab (dalam isu itu) iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, A Rahim Kasdi masih mengerjakan haji ketika ini.

“Namun kita dah hantar pembuktian seperti yang dikehendaki. Jika tak cukup pembuktian kita akan usahakan untuk memudahkan cara mereka mendapatkan rumah dengan harga mampu milik,” katanya yang mewakili 24 keluarga yang terkesan.

Menurut Noora, pihaknya juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan A Rahim (Setiausaha Politiknya) bagi menyelesaikan isu sembilan penduduk yang tercicir itu dalam masa terdekat.

Noora-Mustafa
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur, Noora Mustafa bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Politiknya, A Rahim Kasdi. – Halim Salleh/Scoop, 8 Jun, 2024

“Kita mungkin ajak MB dan setiausaha politik beliau datang berbincang dengan kita selepas mereka balik dari mengerjakan haji. Kita tengok macam mana nanti.

“Sebelum ini, kita pernah jumpa sekali pada November tahun lalu dan dimaklumkan tidak ada masalah untuk diberikan penempatan kepada penduduk,” katanya.

Tambahnya, sembilan keluarga terbabit yang sebelum ini mendirikan khemah untuk berteduh dari panas dan hujan di bawah jejambat berhampiran tapak perobohan Kampung Sri Makmur sudah mendapat rumah sewa.

“Sekarang mereka menyewa dan bayaran sewa bulanan ditanggung pihak (Lembaga) Zakat Selangor dan mereka turut dapat (bantuan) one off daripada Jais (Jabatan Agama Islam Selangor).

“Bayaran sewa akan ditanggung sampai kami berusaha mendapatkan rayuan penempatan untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Noora berkata, 11 daripada 21 keluarga yang ditawarkan rumah mampu milik oleh kerajaan Selangor pada harga subsidi RM65,000 sudah diluluskan pinjaman perumahan mereka.

Menurut Noora, 11 daripada 21 keluarga yang ditawarkan rumah mampu milik oleh kerajaan Selangor pada harga subsidi RM65,000 sudah diluluskan pinjaman perumahan mereka. – Halim Salleh/Scoop, 8 Jun, 2024

“11 sudah lulus pinjaman, mungkin minggu depan sign (tandatangan) surat perjanjian jual beli (S&P). Tiga keluarga lagi belum dapat sebab ada beberapa masalah membabitkan dokumen.

“Sembilan keluarga yang tercicir masih menunggu rayuan penempatan manakala satu keluarga sudah dikeluarkan kerana tidak ada pembuktian langsung mereka penduduk asal,” katanya.

Dalam pada itu, Noora menafikan dakwaan bahawa kerajaan Selangor bertindak berat sebelah terhadap penduduk yang terkesan dengan perobohan rumah di kampung terbabit.

“Daripada 21 keluarga yang menerima pampasan, tujuh daripadanya bukan dari grup saya tapi grup penduduk asal yang kerajaan pilih berdasarkan pengesahan bancian pada 2006.

“Ini bermakna kerajaan tidak berat sebelah. Bukan grup saya saja dapat… tak, kerajaan tak pilih macam tu. Mereka pilih berdasarkan pembuktian asal, kena buktikan mereka penduduk asal di situ,” katanya.

Selasa lalu, Amirudin meminta sembilan keluarga terbabit membuktikan mereka adalah penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula selain tidak mendapat pampasan daripada mana-mana pihak.

Katanya, pihaknya bersedia untuk melihat kembali bantuan yang boleh diterima keluarga berkenaan kerana itu adalah tugas hakikinya sebagai kerajaan negeri.

Pada 27 Mei lalu, operasi pengusiran dan perobohan penempatan di Kampung Sri Makmur, Gombak dilakukan berdasarkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024. – Azim Rahman/Scoop, 8 Jun, 2024

Pada 27 Mei lalu, penduduk di kampung terbabit diarah mengosongkan kediaman mereka bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diduduki mereka.

Malah, berdasarkan kenyataan media PKNS sebelum ini, isu di kawasan itu bermula sejak Julai 2006 yang menyaksikan operasi perobohan dilaksanakan terhadap sebahagian unit rumah, namun bancian pada 2016 mendapati jumlah rumah meningkat 204 unit berbanding 80 buah pada 2006.

PKNS memaklumkan penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimeterai pada 8 September 2020 dan syarikat tersebut memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.

Kerajaan Selangor juga menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati ‘ex-gratia’ sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Gombak. – 8 Jun, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related