Warga Singapura dalang sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang, babit ketirisan RM3.5 bilion

Sindiket itu dipercayai membuat pengisytiharan palsu dalam Borang Kastam bagi mengelak dikenakan cukai, dan tujuh individu sudah ditahan reman selama tiga hari

5:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalang sindiket penyeludupan terbesar barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai kira-kira RM3.5 bilion adalah seorang warga Singapura.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, warga Singapura itu masih berada di luar negara kerana bercuti bersama keluarga dan berdasarkan kepada tangkapan ke atas tujuh individu menerusi Ops Transit, SPRM telah membekukan sembilan akaun milik syarikat dan individu terbabit.

Susulan itu, katanya, tujuh individu yang ditangkap di beberapa lokasi di sekitar Pelabuhan Klang petang semalam, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini oleh Majistret Irza Zulaikah Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

“Semua suspek merupakan dua wanita dan lima lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an. Mereka terdiri daripada tiga pegawai agensi penguatkuasa, seorang pengarah syarikat dan tiga pekerja syarikat,’’ katanya di sini hari ini.

Menurut sumber, sindiket itu dipercayai membuat pengisytiharan palsu dalam Borang Kastam bagi mengelakkan dikenakan cukai dan pengimportan barangan yang memerlukan permit import beberapa agensi seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Jelasnya, lima kontena telah dibuka dan mendapati ia mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu LED, lampu solar dan tin daging babi yang diproses.

“Kesemua kontena-kontena tersebut diisytiharkan sebagai barangan import termasuk kerusi roda (wheel chair), tekstil dan jamban duduk (commodes) bagi mengelakkan cukai.

“Anggaran kasar nilai 19 kontena yang ditahan termasuk cukai ialah kira-kira RM10 juta,’’ katanya.

Semua suspek yang merupakan dua wanita dan lima lelaki terdiri daripada tiga pegawai agensi penguatkuasa, seorang pengarah syarikat serta tiga pekerja syarikat. – Gambar sumber SPRM, 7 Jun, 2024

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) dan Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Kata beliau, SPRM juga akan menyiasat kes ini di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

“Hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin sebelum ini, kes-kes melibatkan pengisytiharan palsu dan lain-lain kesalahan yang tertakluk di bawah Akta Kastam 1967 akan dikendalikan oleh JKDM manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan meneliti seluruh aspek pembayaran cukai syarikat dan individu yang terlibat,’’ katanya. – 7 Jun, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Why is Hamidin being blamed for recent sports controversies?

As FAM president, OCM deputy president, among other posts, he has received outsized criticism for matters out of his jurisdiction

Related