Ucapan Anwar mengenai dakwaan tahanan rumah Najib ‘sangat penting’: Peguam

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kapasiti sebagai Perdana Menteri memberikan tanggapan kerajaan mengetahui, atau percaya akan kewujudan Titah Adendum

8:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan dalam afidavit terbaharu Datuk Seri Najib Razak bagi semakan kehakiman, merupakan sesuatu yang mengejutkan di sebalik afidavit sokongan yang difailkan beberapa pemimpin Umno lain.

Mereka yang teruja untuk menyaksikan kemunculan Perdana Menteri di mahkamah, mungkin akan kecewa, kerana seperti yang dinyatakan oleh peguam kanan Datuk Seri Rajan Navaratnam, saksi tidak perlu dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Ini kerana semakan kehakiman diputuskan berdasarkan afidavit yang difailkan pihak pemohon.

“Jadi, tiada masalah untuk meminta Anwar datang ke mahkamah. Jika boleh, Anwar boleh meminta kebenaran daripada mahkamah untuk membantah atau menjawab isu atau pernyataan yang dibuat dalam affidavit Najib mengenainya.

“Bagaimanapun, dalam keadaan yang jarang berlaku, mana-mana pihak boleh memohon kepada mahkamah untuk menyoal balik pihak yang mengemukakan afidavit berkenaan,’’ katanya kepada Scoop.

Dalam pada itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer memberitahu Scoop bahawa mahkamah tidak dikehendaki menilai merit atau kredibiliti kandungan afidavit atau menyokong afidavit yang difailkan, memandangkan Najib berada pada peringkat mendapatkan kebenaran semakan kehakiman.

“Prinsip undang-undang yang berkaitan dengan permohonan semakan dalam semakan kehakiman adalah cukup mudah dan mahkamah mempunyai kebijaksanaan yang luas untuk membenarkannya.

“Ia biasanya diberikan jika permohonan itu ringan dan membenarkan perbincangan untuk memutuskan mengenai merit permohonan.

“Selepas permohonan dibenarkan, semua pihak berkaitan mungkin perlu mengemukakan afidavit jika mereka tidak bersetuju dengan fakta yang didakwa oleh pemohon. Biasanya mahkamah akan memberikan arahan bagaimana ia perlu dilakukan,” katanya.

Hamid menambah, berdasarkan peraturan umum, mahkamah akan cenderung kepada pemohon yang mendakwa hak perlembagaan atau hak prosiding mereka diabaikan oleh negara, eksekutif atau agensi.

“(Bagaimanapunr) mengenai Titah Adendum ini, jika benar, ia merupakan kes duluan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan dunia,” ujarnya.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Haniff Khatri Abdulla berkata, ucapan Anwar mengenai Titah Adendum berkaitan dengan baki tahanan dalam rumah Najib adalah penting meskipun Perdana Menteri tidak memberikan pengakuan muktamad mengenai kewujudkan titah itu.

Haniff memberitahu Scoop bahawa ucapan Anwar yang dilakukan atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, adalah mencukupi untuk menyokong permohonan semakan Najib, kerana ia memberikan tanggapan kerajaan mengetahui, atau percaya akan kewujudan Titah Adendum.

Menurut Haniff Khatri, petikan ucapan Perdana Menteri boleh menyokong wujudnya Titah Adendum. – Azim Rahman/Scoop, 6 Jun, 2024

“(Sebab) sebaliknya, kenapa beliau bercakap (cara membincangkan titah) dalam ucapannya? Maka, petikan ucapan itu, (ia) boleh menyokong adanya Titah Adendum.
Beliau menambah mahkamah boleh menggunakan budi bicara di bawah Perintah 53 Peraturan Mahkamah 2012 untuk memanggil mana-mana individu yang diperlukankan untuk pemeriksaan balas jika ada keperluan.

“Tetapi, seperti difahami, tidak… tidak ada keperluan untuk Anwar atau Sultan Pahang datang (memberi keterangan di mahmah). Bagaimanapun Sultan boleh memberi kuasa kepada pegawai khas untuk mengesahkan afidavit, mengenai apa yang hendak dikatakan mengenai kewujudkan Titah Adendum, jika baginda diminta datang.

Dalam afidavit terbaharu yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu, Najib, bekas Perdana Menteri berusia 70 tahun itu, mendakwa ucapan Anwar antara lain menyentuh mengenai kewujudan titah tambahan itu.

Beliau menambah, ucapan Anwar pada Konvensyen Khas 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) lalu, mempunyai hubungan rapat dengan pemfailan permohonan semakan kehakiman, yang dibuat pada 1 April lalu.

“Perdana Menteri merujuk kepada afidavit yang difailkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi, yang menjadi menyerang Perdana Menteri dan afidavit Zahid secara keseluruhan dan eksklusif hanya berkaitan kewujudan dan kandungan Titah Adendum,’’ kata Najib dalam afidavit itu.

Selain afidavit Zahid, mahkamah turut menerima afidavit daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan diterima oleh mahkamah.

Sama seperti afidavit yang difailkan oleh Zahid pada April lalu, Wan Rosdy berkata, beliau mengetahui mengenai Titah Adendum berkaitan tahanan dalam rumah daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pemimpin Umno lain yang dinamakan oleh Wan Rosdy ialah Datuk Seri Johari Ghani, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] Batu Puteh RCI recommends criminal probe into Dr Mahathir

The RCI found that he did not involve the cabinet when informing Singapore that Malaysia will not pursue the ICJ's decision on the islet

Related