Jakim akan panggil Ustaz Don, bincang ‘santai-santai’

Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, individu terlibat dinasihatkan untuk sentiasa merendah diri dan mengakui kesilapan sekiranya ada

3:41 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don bagi berbincang dan mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi kenyataannya mengenai ‘cinta pertama’ Rasulullah SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan lanjut bersama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusof akan dilakukan bagi mengusahakan pertemuan itu.

“Kita dalam Islam, asas agama untuk menasihati antara satu sama lain dan Jakim sebelum ini memang mengambil pendekatan untuk menasihati.

“Jadi, saya akan bercakap dengan Ketua Pengarah Jakim dan bincang benda ini (bertemu Ustaz Don), ia tidak perlu serius sangat. ‘Over the table atau tea’ (secara santai), kita boleh jemput,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Al-Liqa Al-Qaniniy 2024 di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Na’im berkata, individu terlibat dinasihatkan untuk sentiasa merendah diri dan mengakui kesilapan sekiranya ada.

“Cuma kena ada sifat rendah diri untuk terima kita silap, mengakui kesilapan tidak kira sebesar mana kita, kena ada sifat tawaduk untuk terima kesilapan dan terus pandang depan,” katanya.

Terdahulu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertindak ‘merehatkan’ pendakwah terkenal itu daripada program Salam Baitullah selepas dikritik susulan dakwaannya berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman X, semalam.

Menurut Suhaimi, ia dilakukan bagi meredakan keadaan selepas Ustaz Don dikritik beberapa pihak termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun.

Ustaz Don sebelum ini mendakwa Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita sebanyak tiga kali dan wanita itu merupakan ‘cinta pertama’ baginda.

Susulan itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Imran Selamat menggesa Ustaz Don menarik balik kenyataannya mengenai ‘cinta pertama’ Rasulullah SAW, selepas Pejabat Mufti Wilayah mengeluarkan penjelasan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun setakat ini Ustaz Don masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related