Guru ‘jemur’ murid patut dipecat, peguam desak tukar pegawai penyiasat

Memorandum sudah dihantar bagi mendesak Kementerian Pendidikan menamatkan perkhidmatan guru terbabit

11:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Guru yang didakwa mengarahkan seorang murid tahun lima ‘berjemur’ di padang ketika terik matahari sepatutnya dipecat kerana dia kekurangan kapasiti mental untuk mendidik kanak-kanak.

Peguam Dinesh Muthal yang mewakili keluarga mangsa memberitahu Scoop, memorandum sudah dihantar bagi mendesak Kementerian Pendidikan menamatkan perkhidmatan guru terbabit serta mengambil tindakan ke atas guru besar, kerana didakwa menyembunyi sesetengah maklumat ketika siasatan dijalankan.

Antara perkara lain yang ditekankan dalam memorandum itu ialah pengambilan guru-guru seharusnya berdasarkan kepada kapasiti mental serta memperbaiki keselamatan murid-murid di sekolah.

Dinesh berkata, memorandum itu dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mempercepatkan siasatan memandangkan kejadian ke atas kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu berlaku lebih sebulan lalu.

“Guru berkenaan masih mengajar. Saksi-saksi masih berdepan dengannya lebih sebulan di sekolah. Malah semasa siasatan dijalankan, dia masih mengajar.”

Memorandum lain akan turut dihantar ke Balai Polis Bukit Aman esok bagi mendesak pegawai penyiasat (IO) ketika ini ditukar.

Beliau berkata, polis sepatutnya melantik IO berjawatan Inspektor, bukan Sarjan.

“Cara dia (IO) itu menjalankan siasatan adalah tidak betul. Laporan dibuat pada 3 April.

Tiada kemajuan sehingga kami membuat laporan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Dia masih meneruskan siasatan apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu siasatan sudah lengkap.

“Selepas murid-murid itu discaj, IO membawa ibu, mangsa, suspek dan juga saksi ke bilik guru besar untuk siasatan kes.

“Saksi sepatutnya dilindungi memandangkan mereka adalah kanak-kanak. Dia sepatutnya bercakap dengan saksi secara berasingan.”

Ditanya mengenai keadaan kesihatan mangsa yang berusia 11 tahun itu, Dinesh berkata mangsa tidak mengenali keluarganya selepas dibenarkan keluar dari hospital pada 2 Mei lalu dan masih menunjukkan tanda-tanda trauma.

Jelasnya, budak lelaki itu juga menjadi mangsa buli di sekolah selama bertahun-tahun tetapi tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Insiden berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa malah ibunya, Mogahana Selvi, 35, yang kini sedang hamil tiga bulan turut terjejas, kata peguam itu.

Wanita itu, katanya terpaksa dibawa ke hospital kerana enggan makan dan sangat bimbangkan anak lelakinya itu.

Peguam itu menambah, saman akan difailkan ke atas guru dan sekolah pada hujung bulan ini.

Pada 30 April lalu, AD Mogahana Selvi membuat laporan polis selepas mendakwa anaknya didenda guru sebuah sekolah di Ampang, Selangor dengan dipaksa berdiri di kawasan padang ketika cuaca panas selama lebih dua jam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 1.20 petang menyebabkan anak lelakinya yang berusia 11 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital akibat berdepan masalah kesihatan.

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, mangsa mengalami ‘heat exhaustion’. – 5 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related