Ustaz Don diminta tarik kenyataan mengenai ‘cinta pertama’ Rasulullah

Ustaz Don sebelum ini mendakwa Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita sebanyak tiga kali dan wanita itu merupakan ‘cinta pertama’ baginda

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don sepatutnya menarik balik kenyataannya mengenai ‘cinta pertama’ Rasulullah SAW, selepas Pejabat Mufti Wilayah mengeluarkan penjelasan berhubung perkara itu.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Imran Selamat berkata, apabila membicarakan mengenai Rasulullah SAW, seseorang itu perlu mendahulukan adab dan pemilihan perkataan yang lebih sesuai, apatah lagi tiada sandaran yang kuat.

“Menyandarkan sesuatu perkara kepada Rasulullah SAW yang mana perkara tersebut bukannya daripada Nabi SAW adalah dilarang. Ini kerana, hukuman bagi orang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW adalah tempatnya di neraka,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ustaz Don sebelum ini mendakwa Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita sebanyak tiga kali dan wanita itu merupakan ‘cinta pertama’ baginda.

Bagaimanapun setakat ini Ustaz Don masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Terdahulu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertindak ‘merehatkan’ pendakwah terkenal itu daripada program Salam Baitullah selepas dikritik susulan dakwaannya berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman X, hari ini.

Menurut Suhaimi, ia dilakukan bagi meredakan keadaan selepas Ustaz Don dikritik beberapa pihak termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun.

Sementara itu pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abu Hafiz Salleh Hudin berkata pembohongan atas nama Nabi Muhammad SAW adalah jenayah berat dalam islam.

“Sehingga ke hari ini, sungguhpun telah ditegur ramai sarjana termasuk autoriti agama, penceramah itu kekal tidak memohon maaf atau menarik balik dakwaan-dakwaan pelik dan bacaan hadis palsu,’’ katanya. – 5 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related