Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan pasangan suami isteri itu, yang kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini

9:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd Moin dilantik mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini menjalani tahanan reman.

Ketika dihubungi Scoop, Fahmi mengesahkan beliau akan mengambil kes berkenaan dan mewakili pasangan berusia 28 tahun itu.

Menurut Fahmi, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan pasangan suami isteri itu, yang kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.

Ditanya apa yang membuatkan beliau bersetuju mewakili pasangan itu, katanya, ia adalah tugas sebagai peguam.

“Keluarga mereka menghubungi saya dan firma guaman saya Tetuan Fahmi Abd Moin bersetuju untuk mewakili pasangan itu. Sudah tentu sebagai peguam, ia adalah tanggungjawab saya untuk mewakili mereka,’’ katanya.

Sebelum ini, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co mengesahkan beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya. – 4 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related