Pemandu OKU dipanggil ke Bukit Aman esok

Ong Ing Keong akan ke Bukit Aman esok bagi memberikan kenyataan berhubung kes dipukul pengawal peribadi kenamaan

8:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU), Ong Ing Keong dipanggil ke Bukit Aman esok bagi memberikan kenyataan berhubung kes dipukul oleh pengawal peribadi kenamaan.

Menurut Lawyers for Liberty (LFL), dia akan berada di balai polis pada 11 pagi bersama wakil peguam.

Pada Sabtu lalu, Ing Keong telah memberikan keterangan hampir 3 jam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields.

Sementara peguamnya N. Surendran memaklumkan polis telah melengkapkan 80% siasatan dan ia akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara minggu ini.

Pada 31 Mei lalu, pada sidang media di pejabat Lawyers for Liberty’s (LFL), pemandu e-hailing berkenaan, Ong Ing Keong, 46, seorang OKU mendakwa dia dipukul oleh pengawal peribadi kenamaan di St Regis Hotel, Kuala Lumpur.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 28 Mei lalu.

Ing Keong memberitahu media, ketika membuat laporan polis pada hari yang sama, wakil ‘Istana’ hadir dan menawarkan pampasan kepadanya.

Sebelum itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pemandu e-hailing itu dipukul pegawai polis pengiringnya.

Tunku Mahkota Ismail berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberikan keadilan sebaiknya kepada mangsa.

Terdahulu Kejadian itu disahkan oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Kertas siasatan, katanya telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja).

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya selepas itu memaklumkan pemandu itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham.

Pada 1 Jun lalu, Ong Ing Keong telah memberikan keterangan hampir 3 jam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields. – 4 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related