Kurang garis panduan jelas jejas sumbangan ekonomi gig?

Isu dalam sektor melibatkan industri e-hailing dan p-hailing perlu ditangani menerusi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan kepada penilaiannya

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkembangan pesat ekonomi gig menjamin pembinaan dan pelaksanaan langkah pengawalseliaan terperinci yang bertujuan untuk melindungi kebajikan pekerja selain melindungi pengguna.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman berkata isu dalam sektor berkenaan, khususnya melibatkan industri e-hailing dan p-hailing, perlu ditangani menerusi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan kepada penilaiannya.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman berpendapat bahawa kekurangan peraturan komprehensif boleh membawa kepada pelbagai isu – Gambar media sosial, 5 Jun, 2024

“Ekonomi gig tidak dinafikan memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan yang fleksibel dan perkhidmatan yang mudah kepada pelanggan,’’ katanya kepada Scoop.

“Namun, seperti industri lain yang berkembang pesat, ia juga menimbulkan cabaran yang memerlukan pengawasan kawal selia yang teliti untuk memastikan persaingan yang adil, perlindungan pekerja dan keselamatan pengguna.

“Kekurangan peraturan komprehensif boleh membawa kepada pelbagai isu, termasuk eksploitasi buruh, perlindungan insurans yang tidak mencukupi, persaingan tidak adil dan kebimbangan terhadap keselamatan,’’ kata Samirul, yang juga bekas penyelidik kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

“Berdasarkan kepada penfailan Grab dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, syarikat Asia Tenggara itu mencatatkan pendapatan sebanyak US$673 juta (RM3.1 bilion) daripada operasinya di Malaysia pada 2023.

“Angka berkenaan menunjukkan peningkatan yang stabil dari pendapatan US$509 juta (RM2.3 bilion) dan US$108 juta (RM508 juta) masing-masing pada 2022 dan 2021.

Sebagai peneraju e-hailing dan p-hailing di negara ini dengan 70% bahagian dalam gig ekonomi tempatan, dianggarkan nilai Grab mencecah RM3.7 bilion dengan kira-kira 130,000 pemandu di bawahnya dan lebih 20 juta pengguna berdaftar.

Menekankan bahawa gig ekonomi telah mengembangkan pasaran buruh dengan menawarkan peluang kepada individu untuk menjana aset dan kemahiran secara fleksibel, Samirul berkata mereka yang mencari pendapatan tambahan atau kerja yang fleksibel mendapat manfaat dari industri ini.

“Perkhidmatan e-hailing dan p-hailing telah meningkatkan akses kepada pengangkutan, mengurangkan kesesakan dan menyediakan alternatif kepada perkhidmatan teksi tradisional di kebanyakan kawasan, dengan itu menyumbang kepada kecekapan ekonomi,’’ kata pakar ekonomi itu.

“Untuk menangani cabaran (dalam ekonomi gig) tanpa menyekat inovasi dan pertumbuhan ekonomi, kerajaan perlu melaksanakan peraturan seimbang yang melindungi pekerja dan pengguna tanpa menyekat suasana inovatif perniagaan itu.

“Dengan melaksanakan peraturan yang difikirkan dengan teliti serta fleksibel, kerajaan boleh memanfaatkan potensi ekonomi gig sambil mengurangkan risiko dan kelemahannya.

Dianggarkan nilai Grab mencecah RM3.7 bilion dengan kira-kira 130,000 pemandu di bawahnya dan lebih 20 juta pengguna berdaftar – Gambar fail Scoop, 5 Jun, 2024

Menekankan bagaimana mencapai keseimbangan peraturan yang betul dalam ekonomi gig memerlukan pendekatan yang mempertimbangkan semua kepentingan sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kesejateraan sosial, Samirul mengemukakan beberapa pertimbangan untuk pembuat dasar.

Salah satu cadangan ialah bagaimana peraturan harus mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pengguna dengan menguatkuasa piawaian kualiti, pemeriksaan latar belakang pemandu, pemeriksaan kenderaan dan langkah privasi data.

“Ini akan membantu membina kepercayaan dan melindungi pengguna daripada potensi bahaya,’’ katanya sambil menambah peraturan perlu menghalang amalan anti-persaingan seperti penetapan harga atau tingkah laku monopoli.

Beliau juga berkata, memandangkan peraturan harus disesuaikan dengan sifat ekonomi gig yang mengandungi model perniagaan yang didorong oleh teknologi, ‘peraturan yang terlalu preskriptif’ yang berpotensi menyekat inovasi atau menghalang kemampuan platform untuk menyesuaikan diri dengan pasaran dinamik yang berubah, perlu dielakkan.

“Pemantauan dan penilaian berterusan terhadap rangka kerja kawal selia adalah penting untuk menilai keberkesanannya, mengenal isu yang timbul dan membuat pelarasan yang diperlukan.

“Semakan tetap akan membantu memastikan peraturan kekal relevan dan mencapai objektif yang disasarkan tanpa membebankan perniagaan atau menghalang aktiviti ekonomi.’’

Sebaliknya, pakar ekonomi serta pengasas dan pengarah Williams Business Consultancy Sdn Bhd, Geoffrey Williams berkata, Grab dan platform dalam talian lain yang berkongsi ekonomi dalam ekonomi gig tidak akan mendapat manfaat daripada peraturan ketat.

Bercakap kepada Scoop, peraturan dan undang-undang yang ada, sudah mencukupi untuk melindungi kesihatan dan keselamatan asas selain melindungi kepentingan pelanggan.

Pengasas dan Pengarah Williams Business Consultancy Sdn Bhd, Geoffrey Williams berpendapat bahawa perlu ada sistem perlindungan sosial yang berasingan sepenuhnya untuk semua orang yang tidak mengganggu kreativiti perniagaan dan kewujudan pekerjaan – Gambar Bernama, 5 Jun, 2024

“Dalam penyelidikan kami untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, kami menganggarkan perkongsian ekonomi akan bernilai lebih RM313 bilion dan menggaji 4.3 juta orang menjelang 2030, jadi ia adalah sektor yang sangat penting.

“Perkongsian ekonomi itu tidak pernah mendapat manfaat daripada campur tangan kerajaan dan tidak timbul dasar kerajaan (kerana) ia organik dan didorong oleh pasaran bebas, inovasi serta kreativiti.

“Perlu ada sistem perlindungan sosial yang berasingan sepenuhnya untuk semua orang yang tidak mengganggu kreativiti perniagaan dan kewujudan pekerjaan,’’ katanya sambil menambah untuk melakukan sebaliknya akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dan sistem yang lebih rumit.

Pada 2017, Malaysia menjadi negara pertama membenarkan perkhidmatan e-hailing, dengan peruntukan untuk memantau perkhidmatan itu selepas Akta Pengangkutan Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Di bawah peruntukan itu, pemandu e-hailing di Semenanjung adalah tertakluk kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat manakala mereka di Sabah dan Sarawak adalah di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial.

Peraturan baharu, yang sepatutnya berkuatkuasa pada tahun berikutnya, termasuk memerlukan pemandu e-hailing, diperiksa untuk menentukan sama ada mereka mempunyai latar belakang jenayah untuk mematuhi syarat lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam.

Selain pemandu perlu menjalani latihaan selama enam jam dengan bayaran RM200 sebelum mengambil penumpang, perlindungan insurans juga diperlukan untuk pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.

Maksimum komisyen 10% boleh dikenakan untuk perkhidmatan e-hailing yang disediakan oleh pemandu teksi manakala komisyen sehingga 20% boleh diambil daripada pemandu e-hailing yang menggunakan kenderaan sendiri.

Dalam penerangan menerusi laman webnya, Grab menyatakan rancangan untuk melaksanakan peraturan e-hailing diumumkan pada 2018, ‘proses sebenar’ hanya bermula pada April 2019, membawa kepada tarikh penguatkuasaan pada 12 Oktober 2019.

Ia menambah, peraturan itu bertujuan untuk mewujudkan rangka kerja undang-undang, memastikan standard dan keselamatan yang konsisten serta bagi menyamakan bidang ini dengan industri teksi. – 5 Jun, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related