Wanita warga emas dilarikan bersama kereta di stesen minyak

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaaan dan hanya ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak terbabit

6:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak melarikan sebuah kereta jenis Honda City ketika seorang wanita warga emas berada di dalamnya dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Semambu, Kuantan petang semalam.

Detik cemas itu dikongsikan seorang wanita menerusi perkongsian di platform X yang memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang semalam ketika keluarga sepupunya itu berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak dan ke tandas.

Menurutnya, keluarga sepupunya itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri kenduri di Kuantan.

“Ketika itu, pakcik saya keluar untuk ke tandas. Selepas mengisi minyak sepupu saya meletakkan keretanya di parkir berhampiran tandas. Dia kemudian turun meninggalkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup kerana makcik saya ada di dalamnya.

“Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta. Makcik saya jerit minta tolong dan cuba lompat keluar dari kereta. Dia buang beg tangan dan ambil beg sepupu saya balik keluar tingkap.

“Dan lelaki tu marah. Dia kata ‘kau diam, kau nak berambus sangat, kau berambus’, sambil tolak makcik saya jatuh dari kereta,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut yang tular, wanita warga emas berusia 66 tahun itu sempat membuang beg tangannya keluar tingkap sejurus kenderaan dimasuki suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis sedang memburu suspek yang masih bebas ketika ini.

Menurutnya, wanita warga emas yang dilarikan dalam kenderaan tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaaan dan dia hanya ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak terbabit.

“Hasil siasatan mendapati suspek datang ke stesen minyak itu menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.

“Semakan ke atas motosikal yang ditinggalkan suspek mendapati motosikal tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang juga seorang akauntan turut kehilangan telefon bimbit jenis IPhone 14, kad Touch n Go (TnG) dan Smart Tag yang berada dalam kereta yang dilarikan dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM94,000.

“Usaha memburu suspek sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – 4 Jun 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related