Grab mohon pampasan Perkeso terhadap pemandu OKU yang dipukul

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, permohonan tersebut dihantar pagi ini dan Perkeso dijangka memprosesnya dalam masa beberapa hari

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia telah memohon insurans pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan, baru-baru ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, permohonan tersebut dihantar pagi ini dan Perkeso dijangka memprosesnya dalam masa beberapa hari.

“Permohonan seperti ini tidak akan mengambil masa yang lama (diproses). Perkeso akan proses dalam masa beberapa hari,’’ katanya pada majlis pengumuman penajaan insuran oleh Grab ke atas lebih 180,000 pemandu e-hailing dan p-hailing.

Pada 31 Mei lalu, pada sidang media di pejabat Lawyers for Liberty’s (LFL), pemandu e-hailing berkenaan, Ong Ing Keong, 46, seorang OKU mendakwa dia dipukul oleh pengawal peribadi kenamaan di St Regis Hotel, Kuala Lumpur.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 28 Mei lalu.

Ing Keong memberitahu media, ketika membuat laporan polis pada hari yang sama, wakil ‘Istana’ hadir dan menawarkan pampasan kepadanya.

Sebelum itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pemandu e-hailing itu dipukul pegawai polis pengiringnya.

Tunku Mahkota Ismail berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberikan keadilan sebaiknya kepada mangsa.

Terdahulu Kejadian itu disahkan oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Kertas siasatan, katanya telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja).

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya selepas itu memaklumkan pemandu itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham.

Pada 1 Jun lalu, Ong Ing Keong telah memberikan keterangan hampir 3 jam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields. – 4 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

[UPDATED] Fire breaks out at Genting Highlands theme park building

Fire Dept says blaze at Sky Avenue mall building put out by 7.20pm, no casualties reported

Related