Pelatih KAPGA meninggal dunia akibat strok haba

Lans Koperal Mohd Zulkifly Rozak dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA, rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu pada Khamis

6:22 PM MYT

 

IPOH – Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) Siri 1/2024 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, dekat sini meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.

Lans Koperal Mohd Zulkifly Rozak, 31, dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA, rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu pada Khamis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia 7.45 pagi semalam.

Komandan Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Superintenden Mohammad Hafiz Kadir yang mengesahkan perkara itu berkata sebelum dibawa ke HRPB, mangsa yang rebah ketika merentas desa pada Khamis (30 Mei) dibawa terlebih dahulu ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, menaiki ambulans.

“Ketika dibawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terus dirujuk ke HRPB, mangsa kemudian ditidurkan pada sebelah malam ketika di HRPB.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudian disahkan meninggal dunia semalam, serta punca kematian Mohd Zulkifly disahkan oleh doktor akibat strok haba dan kegagalan organ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammad Hafiz berkata Mohd Zulkifly yang sudah berkahwin, bersama 251 peserta yang lain melapor diri bagi menjalani kursus asas PGA bermula 28 April dan dijangka tamat pada 26 Julai.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. – 3 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 tahun old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related