Program Jom Jalan Bersama NPC tarik lebih 200 penyertaan

Datuk Ahirudin Attan berkata NPC juga berhasrat untuk menghidupkan semula acara seperti The Malay Mail Big Walk dalam masa lima tahun akan datang

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Program ‘Jom Jalan Bersama NPC’ yang julung kali diadakan, berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari kalangan bekas atlet, wartawan, anak muda dan orang ramai.  

Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Datuk Ahirudin Attan berkata program dianjurkan bersama Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu bertujuan membantu kerajaan dan badan-badan sukan memupuk minat golongan muda untuk menjadikan sukan khususnya olahraga sebagai karier. 

“Ada 200 lebih peserta pejalan kaki dan jalan santai…tetapi untuk permulaan, syukur kita dapat penyertaan ramai anak muda. Paling penting, kita nak cungkil bakat anak muda (dengan) menyertai acara jalan kaki, mana tahu (dengan program ini) kita boleh cungkil jaguh negara (future national champion),” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata NPC juga berhasrat untuk menghidupkan semula acara seperti The Malay Mail Big Walk pada 1965 yang ketika itu mampu menarik penyertaan lebih 10,000 hingga 12,000 orang, dalam masa lima tahun akan datang. 

Beliau berkata NPC, yang juga kelab media tertua di Malaysia, telah merancang untuk mengembangkan lagi program yang diadakan hari ini dengan mengadakan Klinik Jalan Kaki di peringkat sekolah.

“Diharapkan pada tahun depan juga kita boleh anjurkan program ini secara besar-besaran untuk menarik perhatian penaja-penaja lain dan menjadikan ia sebagai satu acara keluarga.

“Kita akan cuba untuk mengadakan konsert mini untuk menarik minat ramai orang dan juga membuka penyertaan kepada orang luar negara,” katanya.

Jom Jalan Bersama NPC mempertandingkan dua kategori utama iaitu berjalan kaki kompetitif 10 kilometer (km) bagi terbuka lelaki dan wanita serta remaja lelaki dan perempuan, dan 5km berjalan santai yang terbuka kepada semua usia bermula tujuh tahun dan ke atas.

Acara itu juga disertai bekas pelari pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan dan Datuk Shahrudin Mohamed Ali, Presiden Persatuan Olimpian Malaysia Noraseela Mohd Khalid, bekas atlet jalan kaki kebangsaan Mohamed Shahrulhaizy Abdul Rahman serta artis Ahirine Ahirudin. – 2 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Related